Ustazah Zaman Dulu-Dulu

RM25.00

In stock

  • 4 tokoh dengan perjuangan masing-masing namun dengan misi yang satu, memperjuangkan wanita.
  • Buku yang mengangkat martabat seorang wanita
  • Buku yang memberi inspirasi tentang wanita-wanita Nusantara dari zaman dulu-dulu yang bangkit demi wanita.
  • Penulis : Maisarah Mohd Pauzi
Compare

Pernahkah kita bertanya, ‘di manakah perempuan dalam perjuangan kemerdekaan?’

Nama-nama yang disebut-sebut sebagai pejuang kemerdekaan, semuanya lelaki. Lalu, adakah perempuan tidak menyumbang walau sedikit pun dalam perjuangan ini?

Lebih menyedihkan, sejarah kita tidak pernah menyingkap bahawa semasa kemerdekaan Tanah Melayu diperjuangkan, para pejuang kita turut serta memperjuangkan hak wanita!

Sedangkan wanita juga memainkan peranan dalam menegakkan kedaulatan negara ini! Wanita bukan di belakang tabir sahaja, malah mereka juga mengangkat senjata!

Asalnya, naskah ini diberi tajuk Wanita-Wanita Merdeka kerana tema utama penulisan ini ialah sejarah wanita pada zaman pra dan pasca kemerdekaan Tanah Melayu dahulu. Namun apabila diteliti, ternyatalah tokoh-tokoh kemerdekaan dalam kalangan wanita ini sememangnya mempunyai latar pendidikan agama selayaknya seorang ustazah pada zaman sekarang.

Buku ini akan membawa kita menjejak emansipasi tokoh wanita melayu dan nusantara yang menjadi penggerak kepada kemerdekaan tanah air sehingga mencipta suatu sejarah besar pada hari ini.

 

 

Be the first to review “Ustazah Zaman Dulu-Dulu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Main Menu