Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor

RM28.00

In stock

BUKU INI ADALAH PRA TEMPAH.

Buku akan mula dipos bermula 10 Ogos 2020.

Kebijaksanaan Hamka ternyata terserlah dalam setiap tulisannya. Beliau begitu tinggi budi pekerti, berani dan ikhlas.

Tidak sekelumit pun beliau melulu marah, malah beliau bangun berdiri mengemukakan hujah-hujah ilmiah menjawab kembali tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Mufti Johor ketika itu.

Perbahasan dan hujah Buya Hamka bersandarkan kepada Al-Quran dan As- Sunnah ada dalam buku Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor ini.

Compare

Prof. Dr. Hamka dalam pembelaannya terhadap Ustaz Hassan Bandung dan juga terhadap ulama-ulama yang sefahaman serta menafikan terdapatnya umat islam masuk Kristian berbondong-bondong juga umat islam dimurtadkan lalu menjadi komunis dengan jumlah melebihi 30 juta telah “ditegur dengan suci dan jujur”.
Alangkah murninya budi pekerti Buya Hamka. Bersifat berani, ikhlas dan bijak yang patut diteladani. Ditolaknya ke tepi perasaan dan nafsu marah terhadap fitnah yang ditimbulkan oleh Mufti Johor itu dengan cara yang amat bijaksana dan mesra.

Padahal isu yang dibangkitkan bukanlah dianggap sepele (simple). Hal itu telah menjadi sebagai polemik agama yang hebat, mampu membakar amarah ummat, bisa meruntuh perpaduan serantau. Oleh itu bacalah buku polemik ini, pasti anda dapati jawapannya.

Diterbitkan semula oleh Jejak Tarbiah sebagai renungan sejarah buat kita semua.

Be the first to review “Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Main Menu