Somalia Menangis: Kembara Tanpa Tiket Pulang

RM18.00

In stock

Empat insan, empat cerita dan empat bingkisan dari hati. Buku ini adalah sebuah himpunan kisah menyentuh jiwa empat petugas Islamic Relief Malaysia (IRM) ketika melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan di Mogadishu, Somalia pada 2017.

Gabungan mereka menyingkap kehidupan di sebalik wajah-wajah di sana daripada sudut pandang pertama bergelar petugas kemanusiaan. Sewaktu berangkat, amanah mereka adalah jelas. Begitu juga tanggungjawab. Namun, sejauh mana dapat mereka rasakan beratnya kepercayaan dan peluang yang diberi? Menyaksikan sendiri bantuan sampai kepada rakyat di sana dan berusaha menyantuni sebuah negara yang sudah berpuasa berhari-hari saban tahun, disebabkan oleh kekurangan air juga sumber makanan di bulan Ramadhan, sudah tentu keadaan di sana amat menguji ketahanan. Ditambahkan lagi dengan jurang bahasa yang membuat emosi diri tertahan melalui ucapan serta perbezaan waktu yang melemahkan. Paling menguji, Mogadishu sendiri telah diisytihar antara wilayah paling berbahaya di dunia. Jadi, bagaimana mereka mengharunginya?

Nukilan ini bukan catatan rasmi organisasi, bahkan bukan juga jurnal peribadi yang mahu dikenang sewaktu sambutan ‘World Humanitarian Day’ pada setiap 19 Ogos. Sebaliknya, ia adalah dedikasi khas buat semua penyumbang bagi tabung kemanusiaan IRM yang telah menggerakkan kerja-kerja kemanusiaan ini melalui setiap sen dan ringgit yang dihulur.

Penulis : Haris Sharim, Zafirah Zahari, Sharmiza Husin, Zairul Zainal Abidin

Compare

Be the first to review “Somalia Menangis: Kembara Tanpa Tiket Pulang”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Main Menu