Seruan Lelaki Budiman

RM25.00

In stock

Buku ini merupakan kompilasi penulisan penulis tamu Jejak Tarbiah diinspirasikan daripada tokoh pembaharuan nusantara – Buya Hamka, dalam usaha mengangkat keperibadian LELAKI berbudi mendepani era yang memerlukan lelaki menjadi lebih kuat sebagai pemimpin keluarga dan masyarakat.

Compare

Meneliti perjalanan hidup Hamka adalah seperti mengikuti sebuah roman lelaki pewira yang penuh pengembaraan, percintaan dan perjuangan. Dari awal kehidupan beliau yang mula merantau pada usia remaja yang begitu muda, menempuh pelbagai kesukaran, mengalami alam percintaan dan perkhawinan serta perjuangan mengangkat senjata mempertahankan tanah air ialah roman yang begitu mengasikkan. Hamka yang lebih dikenali sebagai tokoh pemikir dan ulama, sekaligus merupakan Ketua Majlis Ulama Indonesia yang pertama tetapi umum jarang menelusuri perjalanan hidup beliau yang penuh onak duri perjuangan dan juga percintaan sebagaimana lelaki lain. Jiwa muda percintaan beliau yang penuh gelora terluah secara tidak langsung dalam dua buah novel beliau yang agung itu. Pengorbanan beliau mengangkat senjata menentang Belanda pula melengkapkan jiwa lelaki perwira yang ada dalam diri beliau. Menatap perjalanan hidup Hamka sewaktu muda ini adalah seperti menatap sebuah roman agung.

Buku ini merupakan kompilasi penulisan tamu Jejak Tarbiah diinspirasikan daripada tokoh pembaharuan nusantara- Buya Hamka, dalam usaha mengangkat keperibadian LELAKI berbudi mendepani era yang memerlukan lelaki menjadi lebih kuat sebagai pemimpin keluarga dan masyarakat.

Be the first to review “Seruan Lelaki Budiman”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Main Menu