Sains Menulis Puisi

RM25.00

In stock

‘Sains Menulis Puisi’ menyorot penulisan puisi dari perspektif yang unik.

Penulisan puisi yang kebiasaannya abstrak, seni, dan subjektif telah dipasang pada kerangka yang teoretik, teknikal, praktikal, ‘reproducible’ dan mudah diaplikasi oleh penulis, baru atau lama.

Menulis puisi bukan lagi satu ‘proses terawang-awang’ tetapi berpijak dan fizikal.

Compare

Ditulis oleh Dr. Fahd Razy – pengarang, penyair, cerpenis yang telah memenangi pelbagai hadiah sastera di peringkat kebangsaan – buku ini tidak pernah dijual sebelum ini kerana menjadi modul bagi 8 siri bengkel yang telah diadakan di Malaysia & Singapura sejak penerbitannya.

Tidak. Ini bukan buku sains. Ini juga bukan buku puisi.

Sains Menulis Puisi membincangkan penulisan puisi secara teknikal dan objektif. Puisi yang sering dimomokkan sebagai sesuatu yang abstrak, subjektif dan tidak konsisten dipegunkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah kanta mikroskop secara sistematik dan mekanik.

Ia buku asas penulisan yang ideal untuk pengarang baru atau mereka yang mahu membedah seni sains berpuisi secara kritis.

Tidak, ini masih bukan buku sains, bukan juga buku puisi.

Ia Sains Menulis Puisi!

Be the first to review “Sains Menulis Puisi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Main Menu