Risalah Malaysia Membaca

RM25.00

In stock

  • Buku ini tentang kompilasi penulisan 8 orang pencinta buku yang bukan calang-calang orangnya dalam bercerita bagaimana dengan membaca, boleh mempengaruhi hidup mereka hingga kini. Apa buku yang mereka baca, apa pengisian yang mereka perolehi dan bagaimana begitu bersemangat untuk terus membaca tanpa jemu. Ada pemangkin yang mereka pegang?.
  • Seperti pesan Hamka, “Membaca buku-buku yang baik bererti memberi makanan rohani yang baik.”
  • Membaca itu jambatan ilmu. Ungkapan yang kita sering dengar ketika di sekolah. Namun, kenapa masih rasa malas membaca?
  • “Tidak wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikir matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca.”
  • Buku yang harus dibaca untuk menjentik rasa kecintaan dengan membaca.
Compare

Tidak akan wujud negara maju sekiranya tiada generasi muda yang bersahsiah mulia, berfikiran matang dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ciri-ciri ini tidak lain tidak bukan, hanya lahir daripada tabiat membaca.

Slogan dan tagar #MalaysiaMembaca pula dipilih dan mesti dipopularkan agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia senantiasa menyelinap dalam sanubari dan denyut nadi masyarakat.

Buku ini merupakan kompilasi penulisan pencinta buku yang mengungkapkan perjalanan peribadi sebagai pembaca buku sejak masa kecil sehingga mempengaruhi hidup sehingga kini. Mereka membuktikan besar atau kecil manusia bukan kerana pangkat dan harta, tapi pada nilai keilmuan yang terhasil daripada asas membaca dan keupayaan untuk membangun hidup dan masyarakat dengan nilai daripada pembacaan tersebut.

Be the first to review “Risalah Malaysia Membaca”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Main Menu