Renungan Tasawuf

RM48.00

In stock

Sepuluh karangan dan ceramah Buya Hamka terkumpul di buku ini. Soal-soal mendasar yang memerlukan perenungan dan pendalaman, dibahas Buya Hamka dengan bahasa yang sederhana melalui pendekatan tasawuf.

Dengan sangat indah Buya menjelaskan soal akal, Jangan ditangkis kemegahan akal dengan kemegahan akal pula. Keduanya sama-sama akan bertemu jalan buntu. Barat telah bangkrut karena tamadun yang semacam ini.

Dalam hal kewajiban seorang muslim kepada negara Buya berpesan; Menurut akhlak kewajiban kaum muslim kepada negaranya yaitu bekerja…Pertama beriman kepada Allah Swt. Kedua, bekerja dengan amal shaleh. Di situ akan tercapai Baldatun thayyibatun warabbun ghafur.

Selamat merenung.

Compare
Categories: , ,

Buku ini adalah kumpulan karangan dari ceramah Allahyarham Buya Hamka dari tahun-tahun yang berbeza. Antaranya:

(1) Akal dan Khayal
(2) Kewajipan dan Akhlak Kaum Muslimin dalam Bernegara
(3) Agama ialah cinta
(4) Di Antara Cinta dan Fanatik
(5) Kepercayaan dan Pengetahuan
(6) Lailatul Qadar
(7) Untuk Menjadi Perbandingan
(8) Terakhir, Pemimpin Agama

Karangan-karangan ini memang bukan merupakan huraian ilmiah yang berat untuk difahami sebagaimana kebanyakan karya Allahyarham, semua tulisan-tulisan yang kami muatkan boleh digolongkan sebagai karangan popular, dalam erti yang mudah diterima oleh pembaca.

Meskipun demikian, perkara yang direnungkan adalah soal-soal dasar dan teras Islam, yang memang memerlukan perenungan dan pendalaman. Justeru di sinilah letak keistimewaan Hamka sebagai pengarang. Iaitu kecekapannya membahas perihal keagamaan, falsafah dan tasawuf yang berat-berat dalam bahasa yang agak puitis, ringan dan mudah difahami oleh pembaca awam. Pastinya hal ini menunjukkan keseniman Hamka, di samping keulamaannya.

Be the first to review “Renungan Tasawuf”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Main Menu