Negara Islam

RM35.00

In stock

  • Sebuah karya Hamka yang merangkumi tiga fasal utama yang menghuraikan pengertian dan makna negara Islam itu sendiri, sekaligus memberi penjelasan secara terperinci perihal dasar pemerintahan Islam dengan tuntas.
  • Penulis : Hamka
Compare

Membaca buku Negara Islam karya Buya Hamka ini membuatkan kita seakan-akan berada di zamannya. Konflik ummah, kerancuan pemikiran dan tekanan untuk mewajahkan Islam dalam masyarakat, dirasakan dalam setiap patah penulisannya.

Buya Hamka “memberontak” dan melepaskan segala yang terbungkam berhubung kerisauannya terhadap masa depan umat Islam Indonesia ketika itu. Idea-idea dan buah fikirannya berhubung sistem pemerintahan Islam yang diimpikannya amat luas mencapah merentasi fiqh, aqidah dan falsafah.

Karya ini merangkumi tiga fasal utama yang menghurai pengertian dan makna Negara Islam itu sendiri, sekali gus memberi penjelasan secara terperinci perihal dasar pemerintahan Islam dengan tuntas.

Buya Hamka mengambil pendekatan terbaik (wasatiyyah) dalam mengupas persoalan negara Islam dengan tidak hanya bergantung kepada teks klasik semata-mata sebaliknya mengeluarkan ijtihad semasa melalui kefahaman terhadap kerangka demokrasi dan politik di sekitarnya.

Be the first to review “Negara Islam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

Main Menu