• 4 Bulan Di Amerika Jilid 1

    Kata Hamka, beliau pergi ke negeri Arab khususnya Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, ke Amerika pula mencari sumber kekuatan akal. Hamka simpulkanlah maksud perjalanan itu kepada tiga perkara saja iaitu:

    1. Bagaimanakah besarnya kemungkinan manusia kepada hidup beragama, dipangkal kedua dari abad kedua puluh ini? Dan apakah peranan yang akan diambil islam dalam hal itu?

    2. Dimanakah letak tanah airku Indonesia dalam pergaulan bangsa-bangsa? Dan apakah tugasnya dalam membina dunia baru?

    3. Siapakah sebenarnya AKU ini? Dimana sebenarnya tempatku berdiri? Apakah tugasku dalam hidup?”

    Penulis : Hamka

  • 4 Bulan Di Amerika Jilid 2

    Kata Hamka, beliau pergi ke negeri Arab khususnya Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, ke Amerika pula mencari sumber kekuatan akal. Hamka simpulkanlah maksud perjalanan itu kepada tiga perkara saja iaitu:

    1. Bagaimanakah besarnya kemungkinan manusia kepada hidup beragama, dipangkal kedua dari abad kedua puluh ini? Dan apakah peranan yang akan diambil islam dalam hal itu?

    2. Dimanakah letak tanah airku Indonesia dalam pergaulan bangsa-bangsa? Dan apakah tugasnya dalam membina dunia baru?

    3. Siapakah sebenarnya AKU ini? Dimana sebenarnya tempatku berdiri? Apakah tugasku dalam hidup?”

    Penulis : Hamka

  • Aku, Buku & Kota Kaherah : Kembara Sang Pencinta Buku

    Aku, Buku dan Kota Kaherah boleh dianggap sebagai sebuah mini memoir. Sebuah memoir tidak merakam seluruh riwayat hidup penulisnya. Buku ini mengisahkan dunia sang pencinta buku yang terjebak dalam dunia pesona buku yang mengasyikkan lebih dua dekad lalu. Ketika itu beliau sedang berkelana dalam pencarian ilmu di Kota Kaherah, Mesir.

    Penulis : Shahriman Jamalullayl

  • Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu

    DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata, perjalanan kehidupan penulis (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil) semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami. Ia sebuah Travelog Tarbiah yang berani menulis tentang kelemahan diri dan menayangkan segala kehidupan secara jujur dengan tujuan supaya pembaca dapat berfikir lalui merenunginya sebagai seorang Hamba.

    DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU ternyata menyajikan suatu hal yang baharu dan lain daripada karya- karyanya sebelum ini.

  • Di Tepi Sungai Dajlah: Kembara ke Kota Baghdad, Iraq

    BUKU INI ADALAH PRA TEMPAH.

    Buku akan mula dipos bermula pada 10 Ogos 2020.

    Kota Baghdad terkenal kerana pernah menjadi ibukota kekuasaan Islam di zaman Bani Abbasiyyah. Namun, dalam megahnya kemasyhuran kekuasaan Islam di sana, terselit konflik dalaman perbezaan fahaman, Sunni dan Syiah.

    Penyatuan umat Islam menjadi sukar angkara konflik yang timbul. Malah hingga selepas perang dunia pun, konflik Sunni – Syiah masih berlanjutan. 

    Tapi, ada suatu perkara yang menyatukan mereka. Apa itu?

    Ia terjawab dalam naskhah travelog Hamka, Di Tepi Sungai Dajlah, Kembara ke Kota Baghdad, Iraq.

     

  • Kenang-Kenanganku Di Malaya

    • “Kemerdekaan suatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa. Agama Islam apabila diperhatikan dan difahamkan dengan saksama adalah sumber telaga kemerdekaan jiwa yang sebenarnya..” – HAMKA, Kenangan-Kenanganku Di Malaya.
    • Penulis : Hamka
  • Menjejaki Firmanmu di Langit Amerika

    Buku ini bukan sekadar perjalanan travelog tetapi melihat sudut pandang negara Amerika dari pelbagai sudut termasuk reaksi kepada Islam di Amerika.

    Penulis : Ustaz Hariri Mohamad Daud

  • Perjalanan Terakhir Buya Hamka

    Buya suka berjalan,⁣ dan ini adalah “perjalanan terakhir” beliau. ⁣

    Seorang Buya Hamka, hidup pun dijadikan biografi dan autobiografi – mati pun menjadi biografi.⁣

    Bak kata beliau sendiri,⁣

    “Ada orang yang hidup sampai tubuhnya di dalam kubur. sampai tulang hancur di dalam tanah, namanya dan hidupnya pun turut habis dengan tubuhnya. tidak menjadi peringatan orang lagi. Sebab hidupnya tidak berhaluan. ⁣

    Ada pula orang yang tambah hilang jasmaninya, tambah timbul kehidupannya, tambah digali orang, tambah diperiksa orang. Diselidiki dan ditilik, sehingga kian habis badannya itu, kian hidup namanya.” ⁣

  • Pulau Mas Kahwin

    • Buku travelog sejarah Johor – Riau.
    • Pulau Penyengat yang menjadi mahar mas kahwin zaman dahulu.
    • Penulis : Syed Azharul
  • Rindu Bau Pohon Tin

    • Buku Travelog Tarbiah dari Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
    • Catatan kembara penulis di bumi Jordan.
    • Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi
  • Secangkir Teh Pengubat Letih

    SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah sebuah catatan kembara. Kembara yang melihat dengan hati. Kembara yang bertujuan untuk memahami cara kerja Allah pada alam dan manusia. Pada Syariatullah dan Sunnatullah yang mengaturnya.

    SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH adalah naskhah yang merakam catatan kembara Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di bumi Khilafah Othmaniyyah, Turki, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan. Pada penulis kesemua mereka adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin, bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang- kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janji-Nya.

  • Somalia Menangis: Kembara Tanpa Tiket Pulang

    Empat insan, empat cerita dan empat bingkisan dari hati. Buku ini adalah sebuah himpunan kisah menyentuh jiwa empat petugas Islamic Relief Malaysia (IRM) ketika melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan di Mogadishu, Somalia pada 2017.

    Gabungan mereka menyingkap kehidupan di sebalik wajah-wajah di sana daripada sudut pandang pertama bergelar petugas kemanusiaan. Sewaktu berangkat, amanah mereka adalah jelas. Begitu juga tanggungjawab. Namun, sejauh mana dapat mereka rasakan beratnya kepercayaan dan peluang yang diberi? Menyaksikan sendiri bantuan sampai kepada rakyat di sana dan berusaha menyantuni sebuah negara yang sudah berpuasa berhari-hari saban tahun, disebabkan oleh kekurangan air juga sumber makanan di bulan Ramadhan, sudah tentu keadaan di sana amat menguji ketahanan. Ditambahkan lagi dengan jurang bahasa yang membuat emosi diri tertahan melalui ucapan serta perbezaan waktu yang melemahkan. Paling menguji, Mogadishu sendiri telah diisytihar antara wilayah paling berbahaya di dunia. Jadi, bagaimana mereka mengharunginya?

    Nukilan ini bukan catatan rasmi organisasi, bahkan bukan juga jurnal peribadi yang mahu dikenang sewaktu sambutan ‘World Humanitarian Day’ pada setiap 19 Ogos. Sebaliknya, ia adalah dedikasi khas buat semua penyumbang bagi tabung kemanusiaan IRM yang telah menggerakkan kerja-kerja kemanusiaan ini melalui setiap sen dan ringgit yang dihulur.

    Penulis : Haris Sharim, Zafirah Zahari, Sharmiza Husin, Zairul Zainal Abidin

Main Menu