• 26 Kes: Himpunan Kes Tak Terlupakan

    Hospital adalah sebuah gelanggang yang aneh. Ia menyaksikan kehidupan bermula dengan sangat mempersona. Sering juga merakam kematian – dalam rupa yang pedih dan menggamamkan.

    Semestinya sebagai petugas yang bertelingkah di dalam gelanggang aneh ini – terlalu banyak warna yang terpalit pada tubuh pengalaman. Sedih, sunyi, terasing, tersepit, simpati, inspirasi, debar, curiga. Ia cuma sebahagian kecil adjektif yang mencomotkan uniform kerja yang penuh cemar.

    26 Kes daripada 26 Penulis.

    Tidak mudah melunturkan semua warna pengalaman yang pekat dan rencam ini. Ia warna kehidupan. Ia warna pergulatan. Ia juga warna kematian. Tidak ada hitam atau putih.

    Naskhah ini adalah sebahagian daripada warna yang paling membekas, ingatan paling sukar dilupakan sebagai petugas kesihatan.

  • Aku Dijangkiti Kehidupan

    Tidak semua orang benar-benar ‘hidup’ – menjalaninya seperti majoriti masyarakat. Belajar, bekerja, berkeluarga, bersosial dan tiba di akhir usia dengan happily ever after.

    Kehidupan kadangkala satu tumor – tumbuh dan mencengkam pada batang tubuh, menyedut segala yang manis dan indah – lalu menukarnya menjadi racun dan mimpi ngeri. Kehidupan kadangkala satu sumpahan, membuatkan ia menjadi begitu hodoh dan menyakitkan.

    ‘Aku Dijangkiti Kehidupan’ adalah himpunan catatan oleh mereka yang menjalani hidup dengan rasa dan derita – yang berbeza dari manusia lainnya. Fizikalnya kelihatan sempurna – tetapi di dalam penuh liang luka. Ia catatan para penderita masalah kesihatan mental dan psikiatri serta perkongsian para perawatnya.

    Ya. Buku tentang pesakit dan doktor psikiatri – tentang hidup, dan mungkin tentang kematian.

    Juga tentang pertempuran sengit yang kelihatan senyap dari luar – tetapi bising, kalut dan huru-hara di dalamnya.

    Penulis : Khairul Khairudin, Faris Nazrin, Dura Ain, Hiday, Dr Zul Azlin, Dr Mohd Hazreen, Dr Hidayah Jaris

  • Anekdot & Antidot: Catatan Seorang Doktor Rehabilitasi

    Bagi sesetengah pesakit – keluar daripada wad bukanlah penamat bagi rawatan. Bahkan ia langkah pertama untuk perjalanan yang panjang. Selekoh pertama untuk ke destinasi yang tak terpeta.

    Ketika semua menipis dan berkabus, harapan datang dalam rupa seorang lelaki. Membawa sebatang tongkat. Atau sebuah kerusi roda. Atau sepasang kaki palsu. Juga sepasang telinga dan bahu; untuk dipinjam menumpahkan perasaan yang terpendam.

    Doktor Rehabilitasi.

    Tugasnya tidak sekadar merawat kekurangan fizikal, tetapi membebat emosi yang berkonflik dalam diri setiap pesakit. Hubungan keluarga yang dicincang bak air. Ketabahan yang berkali-kali lebur. Cita-cita dan putus asa yang saling bergelut. Keterasingan. Pemulauan. Inferioriti. Rasa tidak upaya. Segalanya silih berganti seperti cuaca.

    Ternyata di hadapannya bukan sekadar pesakit, tetapi seorang manusia yang serba manusiawi. Lalu segala kemanusiaan tercatat sebagai antidot dalam naskhah ini. Anekdot yang membawa kita lebih mengakrabi dan kekurangan insani.

    Penulis : Dr. Kamarul Ariffin

  • Bila Jantung Kata Beep-Beep

    Sering berbaju biru dan bertopeng muka, doktor bius menjadi figur misteri di hospital. Mereka muncul tiba-tiba, dan pergi tanpa disedari. Dalam dewan bedah mereka hanya bayang-bayang yang muncul antara jaga dan khayal, dan hilang sebelum mata pesakit benar-benar terbuka. Begitu perahsia, sehingga kita tertanya-tanya: siapakah watak-watak biru ini?

    Beep… beep…

    Sejak kali pertama berdegup di dalam rahim ibu, jantung tidak pernah berhenti. Menghidupkan organ, menggerakkan nafas, bahkan menjadi bayang kepada ‘nyawa’. Saban hari, kita tak pernah memikirkannya, uh, sudah berapa kali jantung berdenyut hari ini?

    Ia bekerja, amat menghidupkan, sekalipun tersembunyi dari perhitungan manusia. Terlepas dari kesedaran manusia.

    Begitulah juga para doktor bius. Tersembunyi di belakang tabir. Sering tercicir dari penghargaan tetapi di bahu mereka tergalas tanggungjawab yang menggunung.

    Setiap helaan nafas. Setiap denyut nadi. Setiap degup jantung.

    Bila jantung kata BEEP…BEEP…

    Penulis : Dr. Hana Hadzrami, Dr. Adibah Abdullah, Dr. Khairil Idham Ismail

  • Birat! (Komiik Edisi Bumper)

    Himpunan komik dengan mukasurat berwarna yang penuh sindiran dan jenaka yang menjentik, karya Ahm Ahmad.

  • Bukan Generasi Remote Control

    “Adik belajar apa di sekolah hari ini?”

    “Hari ini adik main sahaja. Hari-hari adik main dengan kawan-kawan.”

    “Eh, tak belajar ke?”

    Apa sebenarnya erti ‘belajar’ bagi kanak-kanak?

    Belajar sangat kaku menurut kefahaman kita. Mesti duduk di atas meja dan kerusi sambil membaca, menulis dan mengira agar nanti akhirnya boleh dapat nombor satu dalam kelas atau bilangan A yang banyak. Sedangkan belajar, khususnya untuk kanak-kanak, adalah lebih daripada itu.

    Buku ini ingin melawan stereotaip sebegini dan memberi serba sedikit panduan Pendidikan awal kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat, termasuk ibu bapa, guru dan komuniti dalam memastikan generasi baru berkembang dengan baik sejak kecil lagi.

    Jika anda sudah bersedia, buang remote control di tangan anda sekarang! Tidak perlu mengawal kanak-kanak seperti mainan kawalan jauh sedangkan mereka mampu bergerak dengan tarian yang berwarna-warni!

    Penulis : Hazhari Ismail

  • Buku Pink – Cerita-cerita Ibu Mengandung

    Kehamilan dan kelahiran adalah fitrah. Ia menggambarkan kasih sayang, cinta, juga harapan. Ia bukan sekadar tolak ansur, tetapi pengorbanan wanita yang sangat menguji. Kerana itu ia menjadi satu perjalanan penting seorang wanita. Mendebarkan, serta penuh dugaan – fizikal apatah lagi emosi.

    Menjadi ibu muda, mengandungkan anak pertama apatah lagi. Hari ini terlalu banyak kumpulan ‘ibu mengandung’ di media sosial yang semberono memberi info dan nasihat kesihatan – banyak yang ternyata amat berbahaya dan menyeleweng.

    Naskhah pink ini berkongsi banyak cerita, pengalaman para petugas kesihatan mengendalikan kehamilan dan kelahiran. Suspens, lucu, menyedihkan, menggembirakan. Berwarna-warni — bukan sekadar pink! Juga info dan kupasan isu dan salah faham semasa mengenai kehamilan dan kelahiran.

    Ia naskhah wajib para wanita (juga para lelaki yang prihatin)!

    Penulis: Rosmawati Hamzah, Norhasidah Abd Razak, Nur Akmal Ismail, Aimi Rahayu, Ainul Arina, Fahd Razy (Goodreads Author), Muhammad Izzat, Suhaidin Che Ngah , Imelda Balchin

     

  • Buku Pink 2.0 – Lagi Cerita-cerita Ibu Mengandung

    Kehamilan bukan semata-mata menjadi (bakal) ibu, bahkan ia hadir dengan pelbagai harapan, tugas dan tanggungjawab lain. Ia proses alami yang amat besar nilai manusiawinya. Lantaran itu, gelaran ‘ibu’ dan segala keistimewaannya hanya dikalungkan ke leher dan bahu seorang wanita.

    Perjalanan dari mula hamil, kelahiran, seterusnya menyusu dan mendidik anak, sekalipun indah, tidak terlepas daripada ujian dan komplikasi. Kadangkala mendorong para wanita terpilih ini ke sudut yang terdesak, sehingga ada pihak yang semberono mengambil kesempatan atas ruang ini. Di media sosial terlalu banyak ‘kumpulan’ yang cuba memberi maklumat dan nasihat yang menyeleweng bahkan membahayakan, demi mengaut keuntungan.

    Lantaran itu naskhah ini lahir, demi memperbetul dan memahamkan masyarakat awam tentang buku pink dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Ia sejumlah catatan pengalaman, cerita, dan catatan para petugas kesihatan menangani kehamilan dan kelahiran. Suspens, lucu, sedih, gembira, informatif. Ya, kehamilan tidak semestinya berwarna pink, bukan?

    Selamat menjadi (bakal) ibu atau bapa. Ini naskhah wajib untuk anda!

    Penulis: Dr. Nur Hanisah, Dr. Ilham Alia, Dr. Aimi Rahayu. Dr. Ainul Arina, Dr. Muhammad Izzat, SN Rosnalizawati Hamzah, JM Harmuny, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, Dr. Sakinah Sulong, Dr. Suhaidin Che Ngah, Prof. Dr. Imelda Balchin

  • Cakar Ayam Seorang Doktor

    Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan (bukan semua ubat dalam bentuk pil!).

    Sedikit senyum dan tawa. Teladan dan iktibar. Hati yang tersentuh. Semangat dan inspirasi. Cubit-cubit sikit.

    Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal!

    Ini buku dari manusia untuk manusia.
    Di sebalik kot putih itu, mereka juga hidup sebagai manusia yang penuh warna-warni. Para doktor dengan hidup cacamarba dan aneka ragam.

    Selamat datang ke dunia ‘doktor-doktor’ yang tak semestinya putih.
    (‘Kot putih’ mereka pun biasanya kelabu juga)

    Penulis : Fahd Razy, Kamarul Ariffin, Onn Azli, Sharif Ahmad, Jazlina Syahrul

  • Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0

    Anda selalu resah-gelisah seperti ada kabut dalam kepala?

    Atau dada sentiasa berdebar menahan rindu-dendam? Rasa tak keruan. Bosan.

    Ah. Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya!

    DIAGNOSIS: Sakit Hati

    RAWATAN:
    1) Tablet Senyuman Glucose (500mg) 1 biji sebelum makan 3 kali sehari untuk sebulan.
    2) Krim Usapan Manja disapu nipis 2 kali sehari pada perut dan dahi untuk sebulan.
    3) Ubat kumur Ketawa Gargle 2 kali sehari (bangun pagi dan sebelum tidur) untuk sebulan.

    Dan paling penting…

    4) Senaskhah CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0 dibaca tiga kali sehari selama sebulan.

    Mudah-mudahan hati anda terubat!

    Penulis : Fahd Razy, Onn Azli, Kamarul Ariffin, Sharif Ahmad, Jazlina Syahrul, Ahm Ahmad, Fahmi Hassan

  • Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0

    Ini rahsia yang telah lama kami simpan.

    Syhhhh…!

    Jika anda ke hospital pasti akan ternampak mereka yang berbaju putih.
    Mukanya naïf. Rajin. Baik. Peramah. Sesekali menggentel kepala stetoskop yang tergantung di leher. Sesekali menulis-nulis di dalam kad rekod pesakit. Kelihatan nerdy dan ulat buku.

    Ya lah, para doktor itu lah.

    Sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi di sebalik watak innocent mereka. Seperti Clark Kent menyembunyikan baju ‘S’ ketat di balik kemeja dan cermin matanya. Seperti Peter Parker menyembunyikan sawang labah-labah dalam tubuhnya. Atau Bruce Wayne yang menyembunyikan mengantuknya kerana berjaga malam menyamar jadi kelawar.

    Mereka ini juga sebenarnya ada kuasa tersembunyi. Super-power yang selama ini dijaga rapi selama bergenerasi.

    Tapi ini rahsia tau.

    Syhhhh…!

    Kuasa apa? Ish… Kalau nak tahu, cuba belek naskhah ini. Dari depan hingga belakang… pasti akan berjumpa.

    Ini rahsia tau.

    Penulis : Fahd Razy, Onn Azli, Kamarul Ariffin, Sharif Ahmad, Jazlina Syahrul, Ahm Ahmad, Fahmi Hassan, Mohd Syamirulah

     

  • Cinta Menyala Di Constantinople

    Hari ini aku lihat Hagia Sophia bercahaya. Sebuah matahari jatuh di situ. Percayalah. Constantinople telah menyala – Natalya.

    Naskhah ini memuatkan sembilan buah cerpen Fahd Razy dari fasa awal penulisannya. Persembahannya rencam menjangkau nuansa kasih-romantis kepada suspens dunia pra-apokalips, bahkan turut menjelajah jauh ke ranah sejarah.

    Cinta Menyala di Constantinople adalah ungkapan rindu dua kekasih yang terpisah oleh tembok agam, sengketa empayar, dan akidah.

    Cinta yang menyala tak seharusnya membakar, tetapi mendinginkan seperti api seorang Ibrahim. Cinta seorang Ibrahim – Sarah

Main Menu