-
26 Kes: Himpunan Kes Tak Terlupakan
Hospital adalah sebuah gelanggang yang aneh. Ia menyaksikan kehidupan bermula dengan sangat mempersona. Sering juga merakam kematian – dalam rupa yang pedih dan menggamamkan.
Semestinya sebagai petugas yang bertelingkah di dalam gelanggang aneh ini – terlalu banyak warna yang terpalit pada tubuh pengalaman. Sedih, sunyi, terasing, tersepit, simpati, inspirasi, debar, curiga. Ia cuma sebahagian kecil adjektif yang mencomotkan uniform kerja yang penuh cemar.
26 Kes daripada 26 Penulis.
Tidak mudah melunturkan semua warna pengalaman yang pekat dan rencam ini. Ia warna kehidupan. Ia warna pergulatan. Ia juga warna kematian. Tidak ada hitam atau putih.
Naskhah ini adalah sebahagian daripada warna yang paling membekas, ingatan paling sukar dilupakan sebagai petugas kesihatan.
RM26.00 -
4 Bulan Di Amerika Jilid 1
Kata Hamka, beliau pergi ke negeri Arab khususnya Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, ke Amerika pula mencari sumber kekuatan akal. Hamka simpulkanlah maksud perjalanan itu kepada tiga perkara saja iaitu:
1. Bagaimanakah besarnya kemungkinan manusia kepada hidup beragama, dipangkal kedua dari abad kedua puluh ini? Dan apakah peranan yang akan diambil islam dalam hal itu?
2. Dimanakah letak tanah airku Indonesia dalam pergaulan bangsa-bangsa? Dan apakah tugasnya dalam membina dunia baru?
3. Siapakah sebenarnya AKU ini? Dimana sebenarnya tempatku berdiri? Apakah tugasku dalam hidup?”
Penulis : Hamka
RM25.004 Bulan Di Amerika Jilid 1
RM25.00 -
4 Bulan Di Amerika Jilid 2
Kata Hamka, beliau pergi ke negeri Arab khususnya Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, ke Amerika pula mencari sumber kekuatan akal. Hamka simpulkanlah maksud perjalanan itu kepada tiga perkara saja iaitu:
1. Bagaimanakah besarnya kemungkinan manusia kepada hidup beragama, dipangkal kedua dari abad kedua puluh ini? Dan apakah peranan yang akan diambil islam dalam hal itu?
2. Dimanakah letak tanah airku Indonesia dalam pergaulan bangsa-bangsa? Dan apakah tugasnya dalam membina dunia baru?
3. Siapakah sebenarnya AKU ini? Dimana sebenarnya tempatku berdiri? Apakah tugasku dalam hidup?”
Penulis : Hamka
RM25.004 Bulan Di Amerika Jilid 2
RM25.00 -
Agama Bukan Semberono
Buku ini mengulas tentang tajuk yang pelbagai tetapi ianya menuju kepada tema yang sama iaitu menentang KEMALASAN BERFIKIR khususnya dalam perkara berkaitan AGAMA.
Tabiat enggan melebarkan daerah kewarasan apabila menyentuh soal agama sehingga kadang-kala Islam yang penuh hujah ini disalahertikan sehingga kelihatan JUMUD dan TIDAK MUNASABAH.
Tabiat ini telah membuka ruang untuk pihak tertentu MENGEKSPLOITASI agama untuk kepentingan diri. Akhirnya ajaran Islam tulen menjadi mangsa sehingga bersarang dalam fikiran ramai orang pelbagai persoalan, ketidakjelasan, mungkin juga keraguan berkaitan Islam.
Buku AGAMA BUKAN SEMBERONO ini menghuraikannya dan ia akan membuatkan anda memahami agama dengan cara fikir yang betul.
Penulis : Dr Maza
RM25.00Agama Bukan Semberono
RM25.00 -
Aisyah : Kekasih Yang Terindah
Penulis buku ini menggambarkan sosok Aisyah; kedudukannya di sisi Rasulullah Saw., keutamaannya, dan kepintarannya
RM55.00Aisyah : Kekasih Yang Terindah
RM55.00 -
Akhlaqul Karimah
Membahas hakikat akhlak dan bagaimana sikap seorang Muslim sejati untuk menanamkan akhlaqul karimah dalam hati.
Tinggalkan godaan nafsumu, kerjakan kewajiban di dalam hidup, walaupun lantaran itu engkau akan menempuh kematian.
RM38.00Akhlaqul Karimah
RM38.00 -
Aku Dijangkiti Kehidupan
Tidak semua orang benar-benar ‘hidup’ – menjalaninya seperti majoriti masyarakat. Belajar, bekerja, berkeluarga, bersosial dan tiba di akhir usia dengan happily ever after.
Kehidupan kadangkala satu tumor – tumbuh dan mencengkam pada batang tubuh, menyedut segala yang manis dan indah – lalu menukarnya menjadi racun dan mimpi ngeri. Kehidupan kadangkala satu sumpahan, membuatkan ia menjadi begitu hodoh dan menyakitkan.
‘Aku Dijangkiti Kehidupan’ adalah himpunan catatan oleh mereka yang menjalani hidup dengan rasa dan derita – yang berbeza dari manusia lainnya. Fizikalnya kelihatan sempurna – tetapi di dalam penuh liang luka. Ia catatan para penderita masalah kesihatan mental dan psikiatri serta perkongsian para perawatnya.
Ya. Buku tentang pesakit dan doktor psikiatri – tentang hidup, dan mungkin tentang kematian.
Juga tentang pertempuran sengit yang kelihatan senyap dari luar – tetapi bising, kalut dan huru-hara di dalamnya.
Penulis : Khairul Khairudin, Faris Nazrin, Dura Ain, Hiday, Dr Zul Azlin, Dr Mohd Hazreen, Dr Hidayah Jaris
RM26.00Aku Dijangkiti Kehidupan
RM26.00 -
Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi
- Membaca buku ‘Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi’ memberi keindahan buat pecinta dan pembaca buku.
- Buku yang menyalakan sumbu rasa untuk membaca.
- Bagaimana dengan membaca, kita boleh mengembara, merasai pengalaman menarik, buat aktiviti yang menyeronokkan dan berada dalam komuniti yang sihat.
- Buat yang baru berjinak mahu membaca, bacalah buku ini.
- Penulis : Iman Danial Hakim
RM25.00Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi
RM25.00 -
Aku, Buku & Kota Kaherah : Kembara Sang Pencinta Buku
Aku, Buku dan Kota Kaherah boleh dianggap sebagai sebuah mini memoir. Sebuah memoir tidak merakam seluruh riwayat hidup penulisnya. Buku ini mengisahkan dunia sang pencinta buku yang terjebak dalam dunia pesona buku yang mengasyikkan lebih dua dekad lalu. Ketika itu beliau sedang berkelana dalam pencarian ilmu di Kota Kaherah, Mesir.
Penulis : Shahriman Jamalullayl
RM35.00 -
Aminah : Permata Padang Pasir
Permata Padang Pasir. Demikian julukan yang diberikan masyarakat Mekah pada sosok Aminah, ibunda Rasulullah Saw. karena kecantikan, keanggunan, dan budi pekertinya yang luar biasa.
RM45.00Aminah : Permata Padang Pasir
RM45.00 -
Anekdot & Antidot: Catatan Seorang Doktor Rehabilitasi
Bagi sesetengah pesakit – keluar daripada wad bukanlah penamat bagi rawatan. Bahkan ia langkah pertama untuk perjalanan yang panjang. Selekoh pertama untuk ke destinasi yang tak terpeta.
Ketika semua menipis dan berkabus, harapan datang dalam rupa seorang lelaki. Membawa sebatang tongkat. Atau sebuah kerusi roda. Atau sepasang kaki palsu. Juga sepasang telinga dan bahu; untuk dipinjam menumpahkan perasaan yang terpendam.
Doktor Rehabilitasi.
Tugasnya tidak sekadar merawat kekurangan fizikal, tetapi membebat emosi yang berkonflik dalam diri setiap pesakit. Hubungan keluarga yang dicincang bak air. Ketabahan yang berkali-kali lebur. Cita-cita dan putus asa yang saling bergelut. Keterasingan. Pemulauan. Inferioriti. Rasa tidak upaya. Segalanya silih berganti seperti cuaca.
Ternyata di hadapannya bukan sekadar pesakit, tetapi seorang manusia yang serba manusiawi. Lalu segala kemanusiaan tercatat sebagai antidot dalam naskhah ini. Anekdot yang membawa kita lebih mengakrabi dan kekurangan insani.
Penulis : Dr. Kamarul Ariffin
RM25.00 -
Angkatan baru
“…. Pintu sengsara hanya yang akan adinda tempuh, kalau kekanda yang diturutkan. Adinda perlu gelang emas, perlu dukuh berlian, padahal sedangkan kilat kaca tak ada kanda menyimpannya. Tak usah kekanda berminyak air di hadapan adinda. Jika sentana pemuda-pemuda lain, dipakainya pakaian yang baru, walaupun pakaian yang dipinjamnya, ketika akan ziarah kerumah tunanganya, ketika dipanggil makan di bulan hari raya atau dipermanis-manisnya badan supaya kelihatan oleh mertuanya. Padahal kelak setelah bergaul, rahsia itu akan terbuka juga. Tetapi kekanda memilih sikap lain…”
RM25.00Angkatan baru
RM25.00